Isu pengurusan pandemik Isu_berkaitan_pandemik_COVID-19_di_Malaysia

Pada Januari 2021, 50 orang pegawai kesihatan dan mantan pegawai kanan menyerahkan surat kepada Muhyiddin Yassin untuk mengkritik kegagalan Perintah Kawalan Pergerakan dan langkah-langkah kesihatan lain untuk mengurangi penyebaran jangkitan, yang telah menimbulkan tekanan pada sistem unit rawatan rapi di hospital. Pegawai-pegawai ini menyeru pembentukan pasukan tugas COVID-19 secara segera, meningkatkan ujian COVID-19, mengurangi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan negara dengan menyuruh orang untuk mengasingkan diri di rumah, mencepatkan persetujuan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca, dan memberi keutamaan dalam mengimunisasi para pekerja migran dan pelarian.[3]

Masalah pengusulan SOP tidak cekap

Satu isu utama dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Malaysia ialah masalah penetapan SOP pengekangan pandemik yang dilihat tidak cekap, berkesan dan selari dengan perkembangan pandemik semasa.

Ketidakadilan dalam penghukuman pandemik

Masalah ketidakadilan serta dua darjat menjadi isu utama pengurusan COVID-19 yang merujuk kepada layanan tidak adil apabila ahli-ahli ternama, termasuk ahli politik dan selebriti secara jelas menerima hukuman atau peringatan yang lebih ringan berbanding dengan golongan rakyat lazim yang menerima hukuman secara serta-merta tanpa tindakan lanjut.[4]

Pemberian hukuman secara melampau

Banyak pihak, terutamanya pihak pembangkang yang mengkritik pihak kerajaan serta pihak terbabit kerana memberi hukuman melampau-lampau terhadap golongan rakyat lazim seperti memberi denda yang terlalu tinggi kepada golongan rakyat lazim.[5]

Pada April 2021, tular suatu insiden penghukuman beberapa pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang disaman sebanyak RM1,500 seorang oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang ke sana untuk menyiasat suatu kes keracunan makanan yang menimbulkan kecaman oleh orang ramai serta beberapa ahli politik kerana sifat denda yang disifatkan melampaui batas seseorang pelajar.[4] Hal ini membawa kepada sebuah siastan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak terhadap isu tersebut.[6] Selain itu, pihak Pemuda UMNO juga tampil untuk membantu para pelajar tersebut.[7] Kes disimpulkan dengan denda tersebut dinyahkan, bermakna bahawa para pelajar tidak perlu membayar denda itu.[8]

Pada bulan sama, terdapat beberapa laporan pengenaan denda secara melampau-lampau terhadap golongan seperti penjaja kecil oleh pihak polis Kelantan.[9][10] Nilai denda yang diberikan, yakni setinggi RM50 ribu dikatakan jauh melebihi nilai maksimum dalam perundangan semasa, yakni maksimum RM10 ribu (ini adalah bagi individu, denda RM50 ribu masih sah bagi pihak syarikat, premis atau organisasi).[11] Hal ini membawa kegusaran dan kecaman banyak pihak, termasuk Perdana Menteri sendiri.[12][13] Oleh kerana itu, pihak polis sedang menyiasat penghukuman tersebut.[14]

Peningkatan denda pelanggaran SOP

Pada 11 Mac 2021, denda pelanggaran SOP ditinggikan kepada sebanyak-banyaknya RM10,000 secara rasmi berdasarkan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.[15][16] Meskipun begitu, pihak terbabit menekankan bahawa nilai denda RM10,000 itu ialah nilai maksimum yang hanya dikenakan kepada pesalah-pesalah tertentu (contohnya pesalah berulang), dan jumlah denda itu boleh dikurangkan atas rayuan penyaman dan budi bicara.[17] Dalam hal ini, satu kes contoh yang menjadi tular ialah kes seorang pesalah yang disaman sebanyak RM10,000 gara-gara gagal mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera ketika memasuki sebuah premis di Bukit Jalil, pihak polis menjelaskan bahawa nilai saman yang diberi pihak penyaman (polis) bukanlah nilai muktamad, dan hanya diberi memandangkan pihak polis tiada kuasa untuk mengurangkan saman.[18]

Pembiaran pembukaan industri perkilangan

Sungguhpun kebanyakan kes COVID-19 pada 2021 terbit daripada industri perkilangan, keputusan kerajaan untuk membiarkan industri kilang dibuka dalam situasi pandemik menjadi perdebatan dan kritikan orang ramai.

Rujukan

WikiPedia: Isu_berkaitan_pandemik_COVID-19_di_Malaysia http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://www.abc.net.au/news/2021-01-14/malaysia-co... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.asiasentinel.com/p/malaysia-fades-in-c... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kitamin... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemuda-...